Wasiat.

Assalamualaikum.


Sebelum apa-apa berlaku,
Izinkan aku menulis sedikit wasiat.
Jangan fikir macam-macam.
Aku hanya hilang untuk sebulan. Mungkin.

Saat ini aku sedang enak berehat
tanpa memikirkan segala buku yang patut aku sentuh.
Saat ini aku sedang enak mengonline twitter sambil berblogging.
Saat ini aku sedang menaip setiap patah perkataan
yang muncul dalam benak otak aku.
Dan saat ini juga aku masih cool, relax gila. Hebatnya -.-

Eeeiii, betapa tak menariknya intro aku.
 Jangan angkat kaki lagi.
Izinkan aku sampaikan wasiat dahulu.
Mana tahu tersenarai nama dalam wasiat aku. Hihi.

Okay, aku tengah serius nie.
Serius gila.
So baca baik-baik apa yang aku type nie. Haha.

Dalam masa sebulan aku akan menghilangkan diri tanpa jejak.
Dengan itu aku mewasiatkan kepada semua yang mengenali diri ini,
Mendoakan segala kebahagiaan, kejayaan diri ini.
Segala doa kalian amatlah aku hargai.
Setiap yang baik datang dari Allah dan
setiap yang buruk datang dari kelemahan diri ini.
Mohon diampunkan segala salah yang nampak
mahupun tak nampak di mata kalian.

Tu saja wasiat dari diri ini.
Walaupun tak seberapa tapi wasiat ini begitu berharga untuk diri aku.
Bila manusia mendoakan benda yang baik-baik untuk kita,
InshaAllah, akan dimakbulkan.
Haaa, jangan memandai nak doakan keburukan untuk aku,
Ingat, Allah takkan memakbulkan doa yang buruk-buruk.
So lu fikirlah sendiri.

Sebelum mengundurkan diri,
Aku sediakan sedikit buah hati agar kalian tidak merinduiku.
Cisss! bajet ada yang nak geli-geli rindu.


Hadiah terakhir aku sediakan sebelum mengundurkan diri.
Jumpa lagi selepas sebulan!


zatieySAJA ♥ Official Blogspot ™ | copyright