08/02/17

SELAMAT HARI LAHIR ARJUNA.

*SEMOGA KAU BAHAGIA DENGAN PILIHAN KAU

Penyakit

Jika tuhan izinkan aku dilahirkan semula;
Tak ingin aku bercinta lagi
Kerna sakitnya terlalu lama.

Aku masih belum lagi temui penawarnya.
Hanya mampu telan pahitnya derita.

Berat untuk aku melangkah pergi.
Kerna diri sudah lama mengabdi.
Jadi aku terpaksa mengharungi rasa sakit yang makin lama makin dalam lukanya.

Moga tak terus mati kerna aku masih mahu mengubatinya.
Moga ketemu ubat penawarnya.


Akhirnya aku kembali ke sini.

Dugaan.

Dugaan datang bertimpa-timpa.
Bila pengakhirannya akan tiba?

Nampak kuat.
Hakikatnya aku mencium lantai.
Aku tidak bisa tanpa dia.
Aku butuh dia.
Hanya dia.

Tuhan,
Bagi aku peluang.
Peluang untuk aku rasa bahagia.


zatieySAJA ♥ Official Blogspot ™ | copyright