Dugaan? Ya, ini dugaan. :')


Semakin hari semakin kuat rindu ini.
Makin hari makin semak aku dengan jiwa ini.
Terlalu manja. Aku sendiri naik bosan.

Dugaan.
Ya, ini dugaan.
Aku terima sahaja tapi sampai bila?
Kalau boleh aku mahu tenang.
Aku mahu bebas dari segala masalah.
Mahu kosong jiwa dan otak.
Sudah lama berkerja tanpa henti.
Berikan aku sedikit ruang untuk itu boleh?

Aku bukan melawan takdir.
Aku cuma doakan yang baik-baik untuk diri ini.
Dah lama diri ini bekerja.
Diri ini perlukan rehat.
Perlukan semangat baru.

Rindu.
Ya, rindu pada dia.
Aku lemah tanpa dia.
Tanpa berhubung dengan dia.
Ya Allah, apa yang berlaku nie?
Aku jadi makin tak kenal dengan diri aku.
Aku makin goyah.
Makin parah.
Ini semua kerana cinta.


Dashyat.
Amat dashyat.
Segala benda jadi tak keruan.
Aku sendiri jadi tak faham.
Mana kekuatan aku?
Mana diri aku?
Aku rindu diri itu.

Sudah. Sudah. Sudah.
Aku taknak fikir itu semua.
" Kalau rindu, doa tau."
Ya Allah, 
Ayat nie sentiasa bermain dalam minda.

Segala kata-kata, segala amanah.
Sentiasa bermain di minda ini.
Kadang-kadang terasa sarat.
Sarat yang amat.
Yang pasti amanah yang diberi.
Bagaimana aku nak tunaikan?
Bagaimana aku nak berdepan?

Aku wajib lakukan.\
Amanah tetap amanah.
Memang wajib aku lakukan.

Sudah zatiey.
Yang penting buat apa yang diamanahkan.
Tunggu dia. 
Jangan cuba benda yang dia tak suka.
Yang paling penting untuk saat ini.
SABAR.




zatieySAJA ♥ Official Blogspot ™ | copyright