Cinta utuh.

Assalamualaikum.

Tiada apa yang dapat aku ucapkan selain meluahkan segala kata di sini.
Nasib badan bila mana mahu lontarkan ungkapan kelu lidah tanpa bicara. 
Rasa sungguh kejam.



Aku cuba lari daripada kekalahan.
Tapi sayang, semuanya sia-sia.
Dia lagi hebat, lagi kental.
Aku cuba tinggikan ego aku.
Cuba naikkan ego aku sampai tahap infiniti.
Tapi sia-sia juga.
Aku tewas.
Aku kena terima kenyataan.
Yang perempuan memang akan kalah di tangan lelaki.
Mereka yang memimpin, kita kena patuh.

Tapi ini tidak bermakna perempuan kena lembik.
Kena dengar segala benda yang disuruh.
Itu celaka namanya.
Apa yang terbaik baru dipatuhi.
Apa yang buruk tinggalkan sama sekali.
Kita bukan hamba abdi.
Kita perempuan yang bermaruah tinggi.
Jangan lemah. Jangan goyah.
Semangat kental perlu ada. WAJIB!


Dan kini aku betul-betul tewas.
Aku tewas dengan kata-kata manis lelaki.
Hati aku kuat melafazkan yang aku juga sayangkan dia.
Aku tak boleh lari daripada perasaan itu.
Aku tak boleh tipu diri aku sendiri.
Yang pasti hanya dia yang bertakhta di hati.

Dan kini semangat aku kembali.
Aku mulai tabur janji.
Aku akan cintakan dia seorang.
Tiada siapa yang dapat curi hati ini lagi.
Aku kunci dalam-dalam.
Hanya satu nama.
Mohd Iskandar ♡.

zatieySAJA ♥ Official Blogspot ™ | copyright