Dear sahabat....

Assalamualaikum.

Selesai mandi tarik laptop sign in blogger. Serius tangan gatal nak update. Penyakit apa yang aku sedang alami nie? Makin hari makin kerap nak update. Celaka.

Harini aku nak meluahkan rasa yang tak patut aku rasa. Aku bukan sesiapa untuk merasakan apa yang aku rasa ketika ini. Tapi apa yang aku rasa sebab aku sayang. Sayangkan sahabat aku. Ya, sahabat.

Terlebih dahulu aku mohon maaf atas ketidak layanan aku dengan panggilan dari kau. Aku bukan apa. Cuma aku sedih dengan perangai kau yang serius aku cakap berubah. Aku ulang berubah.

Cuba kau hitung lama mana kita jadi kawan? Yess, almost 8 years kawan. Kau dah aku anggap macam adik beradik aku. Jauh mana pun kau dengan aku, kita tak pernah stop berhubung.

Tapi kini aku rasa kau bukan yang aku kenal dulu. Kawan aku yang sangat kuat dengan pendirian diri. Yang sangat kuat lawan segala benda yang cuba menjatuhkan. Kau mula tunjuk kelemahan diri sejak mengenali insan yang bernama lelaki. Ya, aku tahu sebab kau sayang. Kau cinta. tapi dulu kau pun pernah alami tapi kau kuat. Kau menangis macam mana pun kau tetap lawan. Kau salah macam mana pun kau cuba jelaskan dengan betul tapi kini.......

Kau dengan lelaki yang baru setahun kau kenal kau kecundang. Kau lemah depan mata dia. Kau kaku bila dengan dia. Mana kau yang dulu kawan? Mana? Serius aku kecewa tapi aku tahu aku bukan sesiapa. Aku tiada hak untuk halang dengan siapa kau nak bercinta tapi aku cuma taknak kau sakit lagi. Kau dah banyak menderita sebab lelaki tu. Kau dah banyak bazir air mata untuk lelaki itu.

Aku sakit bila kau menceritakan  segala perangai dia. Dia pergunakan kau untuk kepentingan dia. Aku naik benci, naik muak dengar nama dia. Bagi aku tiada guna simpan lelaki jenis itu. Tiada hati perut. Segala kesalahan dituding pada kau. Mana dia sorok dia punya kesalahan? Bontot? Aku rasa itu mungkin.

Dan tetiba aku dapat whatssapp dari kau mengatakan yang dia ingin kahwin dengan kau. Sekali lagi aku mohon maaf kerana sengaja tidak membalasnya. Aku di sini hanya mampu mendoakan kebahagiaan kau. Moga apa yang diperkatakan akan dia tunaikan. Aku taknak kau sakit buat keberatus kali. Itu je. Tiada sebab lain.

Aku tak suka kawan aku menangis disebabkan lelaki yang tak menghargai. Menangislah kau bila lelaki itu betul-betul menyayangi. Dan aku mohon maaf atas entry ini jika kau berasa hati. Aku tiada niat untuk itu. Ini cuma luahan dari hati aku yang tidak dapat aku sampaikan melalui mulut.

Jangan risau, aku sentiasa ada untuk kau. Buat keputusan yang terbaik untuk diri kau. Aku mendoakan kebahagiaan akan tiba dalam hidup kau. Salam sayang untuk kau yang bernama sahabat.

Ikhlas,
zatieySAJA
zatieySAJA ♥ Official Blogspot ™ | copyright