Igafbro.

Dalam masa 2 hari kau boleh cakap pasal cinta. Buat lawak berpada pada. Kan murah makan dia. Kau jenis yang apa orang ada kau pun mesti ada. Satu perkataan LOSER.

Aku tak kisah kalau kau pun nak jugak tapi kalau bab berjantan nie hmm. Aku rasa jijik bila perempuan tawar diri. Ya, aku pun perempuan tapi setakat nie tuhan tak bagi ujian pasal jantan berlebihan. Berpada pada dengan diri aku. Aku syukur.

Perigi cari timba. Bagi aku pepatah nie memang boleh diguna pakai tapi dengan cara yang betul. Kalau dalam 2 hari kau baru kenal terus nak rembat hati dia tu kau sendiri boleh faham. Ouh, mungkin jenis terdesak takkan faham kalau nafsu bermaharajarela.

Aku bercakap perihal perempuan. Ya, aku sendiri perempuan. Tapi kalau dah jenis kaum sendiri nak campak tahi dekat muka bagi aku memang tak boleh duduk diam. Kau nak buat tahi macam mana pun jangan biar perempuan nampak busuk. Celaka.

Yang paling aku rasa bangsat dalam dunia bila wujud jenis ketiga nie. Kalau suami or boyfriend orang kau nak rembat aku rasa jenis macam nie kena hukum kat dunia awal awal. Lantak kau nak cakap apa tapi bagi aku memang aku haramkan sedikit jenis macam nie wujud dalam list pelakon drama aku. Biar tak berkaitan dengan aku tapi aku perlu berjaga jaga. Jenis macam nie biasanya tergolong dalam gedik gedik gatal pepet. So faham faham ya.

Mak aku cakap berkawan dengan ramai lelaki takpe tapi jangan gatal gatal nak bercinta. Kalau dah lekat dihati satu simpan jangan lepas. Dan sekarang satu sudah lekat. Ya, 5 tahun aku simpan dan syukur lekat sampai sekarang.

Aku bercakap tanpa spesifikasi.
Terasa? Lantak.

zatieySAJA ♥ Official Blogspot ™ | copyright