Hebat kan.

Aku dipandang seperti karikatur yang diimaginasi para pelukis yang tinggi imaginasinya. Persis binatang yang sangat jelik rupanya. Buruk. Busuk.

Disebabkan cerita busuk busuk bertaburan sana sini ditambah pula dengan aroma aroma serata bau maka busuk itu bertukar menjadi busuk hanyir umpama mayat reput diratah ratah.

Hebat kan.

Aku tabik manusia yang boleh cuma membawa cerita hanya menggunakan mulut. Bersepah ceritanya serata dunia. Tidak kenal makin bertukar kenal. Tidak pernah bersua maka cerita tetap tersebar.

Hebat kan.

Lagi lagi bila berjumpa manusia yang selama ini dikenali manusia yang rapat rapat bagai isi dengan kuku. Selepas itu berlaku sedikit salah faham dan isi isi dalam kocek beliau telah keluarkan sedikit demi sedikit maka lama lama makin menggunung lagi tinggi dari gunung kinabalu. Kenapa ya? Manusia dengan cerita lebat memang hebat.

Hebat kan.
Hahahahaha.

Walaupun hati nie kelam pahit likat tapi apa daya,
Aku tak mampu tutup semua mulut manusia.

Unsur transgresif patut wujud dalam diri agar aku bisa jahit satu satu mulut celaka dalam dunia.

zatieySAJA ♥ Official Blogspot ™ | copyright