Rasa yang berbeda.

Setiap hidup manusia berbeza caranya. Ada yang senang hingga akhirnya. Ada yang papa hingga seribu tahunnya. Ada yang naik turun caranya. Barang kali semua nampak serupa tapi hakikatnya berbeda. Jangan lontarkan rasa cemburu dalam perihal yang sudah ditetapkan untuk kita. Kita diberi pilhan antara untuk mengubah atau terus kekalkannya. Tanpa kita sedar ada yang cuba untuk hidup cara kita dan tanpa kita sedar kita cuba untuk hidup dengan cara mereka. Tapi kita perlu sedar bukan mudah untuk jalankan segala benda yang bukan ditetapkan untuk kita. Setiap benda ada kontranya.

Namun aku tak halang. Cuma aku mahu kau sedar cara kita berbeza tiada yang serupa. Aku bukan kau. Kau juga bukan aku. Kita sudah ditetapkan untuk menjadi kita. Bukan sesiapa. Cuba cara mana kau mahu cuba tapi kau perlu tahu akhirnya kau yang merana. Mungkin lebih enak jika kau hanya mengambil iktibar dari setiap yang berlaku pada dirinya bukan cuba terusan mengikut cara dia. Kalau kau betul-betul mahu rasa apa yang enak tentang dia rasa kau perlu ambil tahu segala benda tentang rasa. Aku takut kau mungkin tersesat sampai susah untuk kau keluar. Cara yang terbaik mungkin menjadi kawan agar kau bisa belajar segala benda tentang rasa.

Tapi bagi aku satu cara sahaja, kau bersyukur dengan segala yang kau ada. Tuhan menetapkan kelebihan setiap manusia. Syukur dengan itu kau akan rasa bahagia.

Aku bahagia.
zatieySAJA ♥ Official Blogspot ™ | copyright