Ini yang terakhir. Mungkin.

Sepatutnya aku gembira harini tapi lain jadinya.
Apa yang aku harapkan hancur lunyai. Marah pun tak berguna.
Bak kata orang nasi dah jadi bubur.
Ini membuatkan aku ingin lagi menambahkan perisa.
Perisa paling pedas mungkin ramuannya.
Biar semua makin berasap.
Itu mungkin adil bagi aku.
Aku taknak jatuh sorang-sorang. Aku penat.

Kalau boleh aku nak hulurkan tangan biar kau yang sambut.
Tapi lain jadinya. Kau berpaling tadah.
Bagi aku itu paling kejam. Kau pembunuh.
Kau tusuk hati aku dengan pisau yang paling tajam.
Aku cuba bertahan tapi sakit yang membuatkan aku makin sesak nafas.
Makin jatuh tunduk ke bumi. Aku parah.
Perasaan yang aku rasakan ketika ini membuatkan diri aku nampak celaka.

Kau mungkin sedang enak bergelak ketawa tapi aku?
Sakit di sini hanya sorang-sorang.
Ubatkan luka sorang-sorang.
Dan ini membuatkan aku rasa makin celaka.

Aku redha tapi aku masih lagi buntu.
Kadang-kadang aku rasakan dunia tidak adil bagi aku.
Segala masalah dilemparkan bertubi-tubi ke arah muka aku.
Sakit, perit, pedih segalanya ada pada muka ini tapi dihijabi dengan senyuman.

Air yang mengalir ketika ini aku harapkan ini yang terakhir.
Sakit, perit, pedih yang aku rasa pada masa kini aku harap ini sakit yang terakhir.
Aku akan cuba bangkit. Bangkit dari dunia maha celaka.
Aku tidak perlukan tangan dan kaki sesiapa.
Aku mampu mengubah segalanya. Percayalah.

Aku pernah cakap yang aku bukan perempuan lembik.
Dan itu masih lagi boleh diambil kebenarannya.
Ya, mungkin entry ini membuktikan aku lemah tapi bukan selamanya.
Aku akan terus bangkit dan melangkah lebih jauh ke hadapan.
Bila aku mula melangkah, jangan turuti aku.
Mulakan hidup kau dengan bukaan langkah yang bukan seiring dengan aku.
Mohon jangan turuti aku.

Aku berbahagia di sini kerana keluarga, encik hero dan kawan yang betulnya kawan.
Bukan bahagia kerana kawan yang merupakan lawan dalam diam.
Kali ini biarkan diri aku bersendirian dengan tahi yang baru sahaja dilemparkan ke arah aku.
Aku tidak perlukan bantuan sesiapa. Biarkan aku alaminya sendiri.

Bergelak tawalah dikau sampai tiba rasa puas.
Bila sudah tiba bersiap sedia pula merasakan sengsara.
Sebab manusia sudah ditakdirkan merasakan segala benda bila berada di atas dan di bawah.
Itu nikmat yang paling tidak adil bagi semua manusia.
Percayalah, sakit yang aku alami kau juga akan rasa.

Jangan lupa ketipkan gambar ketika kau gembira.
Sebab bila kau sedih kau akan rindu gembira itu.
Ketipkan beribu gambar biar ia menjadi kenangan untuk hidup kau.
Itu yang aku biasa buat.


P/S : Mohon minta keizinan untuk buat apa-apa. Jangan biarkan diri aku nampak bodoh di sini.



zatieySAJA ♥ Official Blogspot ™ | copyright