Tamat.

Banyak benda ditempuhi. Banyak benda juga dipelajari. Ya tuhan, terima kasih untuk pengalaman ini. 

Mungkin sukar untuk diterima kewarasan ini, tapi inilah kenyataan yang harus aku hadapi. Hati, mulai saat ini harus belajar menerima apa jua keadaan yang bakalan tiba tak kira masa dan ketika. 

Kekasihku yang manis,
Untuk saat ini mungkin kau sedang lena diulit mimpi dan aku masih lagi segar di sini. 

Aku atau kau sendiri sudah perasan dengan hubungan kebersamaan yang makin lama makin jauh ditinggalkan ke belakang. Mungkin akan tiba masanya hubungan ini sampai ke puncak tamat. 

Kekasihku yang manis,
Aku sudah tidak mampu lagi berjalan bersama. Sudah beratus ribu batu kita berjalan dan kini aku atau kau perlu (mungkin) berjalan seorang diri. Atau berjalan dengan siapa yang sanggup menemani. 

Maafkan aku kerana terpaksa berhenti sebelum garisan tamat. Maafkan aku untuk tiap kesalahan yang aku pernah titipkan. Maafkan aku untuk serba serbi.

Kekasihku yang masih lagi manis,
Biarkan aku di sini. Jangan kau tunggu aku lagi. Teruskan berjalan tanpa toleh kebelakang lagi. Mungkin ada yang menanti di depan sana. Pergi, pergi, jangan kau berpatah ke sini lagi. 

Aku di sini akan terus melihat kau berjalan tanpa menghalang dengan siapa pun kau mahu berjalan. Dan aku sentiasa titipkan doa agar kau temui kebahagiaan.

Aku tak mampu jadi perempuan kuat untuk terus bersama kau, aku tak mampu jadi perempuan yang bakalan kesat air mata kau, aku tak mampu jadi perempuan yang bakalan menjaga makan pakai kau, aku tak mampu jadi perempuan yang bakal kongsi segala suka duga dengan kau, AKU TAK MAMPU SEGALANYA.

Teruskan berjalan dan cari perempuan yang serba serbi tahu segalanya.

Aku di sini,
Senyum dan melambai ke arah kau.
Selamat tinggal kekasihku yang kekal manis.
zatieySAJA ♥ Official Blogspot ™ | copyright