Hati baru.

Suatu hari, aku berjalan di gigi pantai ditemani diri yang sunyi. 
Aku merenung jauh mencecah awan hujung sana sampai aku tersedar ada sesuatu yang melanggar kaki. 

Hmm, botol? 
Ada sesuatu berbentuk hati di dalamnya. 
Aku cuba baling kembali.
Mungkin itu orang lain yang punya.
Iyalah, mana mungkin aku bisa mendapatkan hati lagi.

Dan ia kembali pada aku lagi. 

Aku terjelopok duduk.
Memang aku yang punya.

Tuhan berikan aku hati yang baru.
Yang aku minta bertahun tahun dulu.
Aku tahu apa yang Dia mahu.
Bangkit dan mulakan hidup baru.

Tuhan maha adil.
Maha mengetahui bila patut Dia bagi. 
zatieySAJA ♥ Official Blogspot ™ | copyright