Simpati.

Kalau boleh--
Mahu saja aku dekat dengan dia.
Tanya apa ada dalam hati dia.

Tak guna dengar sebelah pihak sahaja.
Aku mesti dengar untuk pihaknya jua.
Tapi--
Bagaimana caranya?
Aku bukan kenal dia.
Aku bukan siapa siapa.

Mungkin benar kata orang,
Dengar satu pihak--
Buruk yang sorangnya.
Yang didengar cerita selalunya bagus.

Aku mahu dekat dengan dia.
Bukan apa--
Ada satu perasaan yang lahir--
Simpati.

Tapi--
Masih lagi dengan tapi.
Buat apa aku mahu tahu?
Buat apa?
Mereka bukan siapa siapa.
Hmm. Bingung.

Tapi hati ini simpati-- 
Dengan perempuan itu.
Ya, ibu muda itu. 
zatieySAJA ♥ Official Blogspot ™ | copyright