This.

Untuk ketika ini aku sedang berperang dengan perasaan yang maha celaka. Dilabelnya kejam. Cisss, manusia mudah menghukumi diri orang lain tapi manusia mampukah menghukumi diri sendiri? Sini aku berani mati kerat jari berkata tidak. 

Kau rasa kau buruk? Takkan. Kau rasa dia buruk. Oh semestinya. 

Manusia. Mana tak namanya manusia kalau hanya kejar kesempurnaan. Aku dah terbiasa dilabel. Semua buruk dibuangkan pada aku. Dan suatu saat nanti akan aku buktikan buruk itu maha buruk yang orang tak dapat nak pertikaikan lagi. Mahu? Ya, aku berikan. Tunggu masa wahai manusia kesempurnaan. 

Mungkin kau rasa kau dah besar dan sudah dapat mentafsir jenis kehidupan. Pernah kau tenggelam ke dasar laut semata mata untuk selamatkan orang yang kau sayang? Aku sudah biasa. Aku hulurkan pelampung pada manusia yang dilabel kawan. Dan akhirnya aku sendiri tenggelam keseorangan. Sudah terbiasa dan sebati pada jiwa. 

Antara kesayangan yang kau ada mana satu kau akan selamatkan bila diorang tenggelam bersama dan kau hanya perlu selamatkan satu daripada diorang? Ada jawapan? Aku sendiri tak punya jawapan untuk ini. Tapi yang pasti manusia hanya pentingkan diri.

Yang namanya manusia tidak akan pernah jujur. Tidak akan. 

Dirasanya bijak bila dapat menyelesaikan. Dirasanya hebat bila dapat meleraikan. Pernah kau merasa rendah diri untuk semua itu? Bohong kalau katakan pernah. Puihh. 

Aku beribu kali patah kaki disebabkan namanya kawan. Tiada seorang yang berani dermakan kaki untuk aku terus berjalan. Tapi dalam diam datang beberapa cebis yang hulurkan tangan membantu aku berjalan. Ini dinamanya kesayangan. Aku tak punya ramai kawan. Aku hanya punya kesayangan. Kawan hanya untuk sementara tapi aku punya kesayangan untuk selamanya. Tak perlu aku listkan satu satu dari mereka. Aku hanya doa untuk mereka agar sejahtera di luar sana. 

Jangan kau mudah melabel sebab sampai satu masa kau akan alami benda sama. Bukan untuk masa ini tapi akan datang ia kembali. Karma will hit you back. 

Jika buruk orang tetap kau nampak, jangan nanti kau menagih simpati pada dia yang masih buruk di mata. Sebab aku pernah alami. Orang yang aku merasakan buruk itulah yang hulur tangan untuk aku terus berjalan mencari erti kehidupan. 

Dan jangan mudah menghukumi kalau kau sendiri tidak tahu apa yang dialaminya. 

Bila orang kutuk, maki hamun jangan lawan. Terus pergi dan toleh belakang dan senyum. 

Sekian. 


zatieySAJA ♥ Official Blogspot ™ | copyright