Manusia

Manusia selalu merasakan diri mereka sempurna, tak ketinggalan juga aku.
Terkadang aku malas untuk berhadapan dengan orang keliling.
Sini sana orang bermuka-muka. Senyum sinis nampak segala benci.
Kalau boleh mahu saja aku jerit, Pahal celaka?!
Bila fikir cari gaduh bukan rutin harian aku, terus aku jalan tanpa fikirkan orang keliling.

Manusia masih lagi dengan dunia masing-masing.
Mencipta imaginasi yang mana mungkin menjadi realiti.
Ayat sentiasa bermula. "Kalaulah aku..."
Punya angan-angan tinggi melangit tapi usaha zero.
Bangang tak bangang.

Manusia bila nampak kebahagiaan orang lain,
Hati mula gundah gulana. 
Cari segala cara untuk musnahkan  kebahagiaan. 
Hidup di zaman teknologi bertaraf tinggi menggunung tetapi masih lagi percaya menatang syirik.
Mempergunakan mereka untuk merebut segala bukan hak milik diri.
Lagi maha bangang aku rasa.

Dan kini manusia berkejaran bila duit ditaburkan.
Sanggup menjatuhkan bangsa sendiri.
Kerana apa? DUIT.
Dunia kini duit segala-galanya.
Cinta, kasih sayang semuanya berduit.
Kau tak berduit jangan harap kau dapat apa yang kau nak.
Pergi mati jika masih duduk terdiam menunggu duit jatuh dari langit.
Itu mohon aku.

Segala dikhabarkan adalah segala pendapat dari otak yang masih lagi berpusing-pusing mencari jalan yang benar. Hmmm, biol lagi aku rupanya.

zatieySAJA ♥ Official Blogspot ™ | copyright