Tahun baru. Entry baru.

2013. Tahun baru.

Tiada yang istimewa. Sama macam tahun sebelumnya. Tiada azam yang aku bina cuma sedikit harapan untuk bersama kesayangan berada di tahap infiniti. Mohon kesayangan cepat masuk meminang. Ini serius bukan gurauan.

Dan aku masih lagi sama. Tiada pembedahan plastik. Masih lagi mempunyai badan yang ramping macam ikan kering. Tak jugak membesar walaupun sedikit. Dan aku suka dengan fizikal yang dikurniakan. Syukur.

Tahun ini aku mengharapkan perkara perkara maha celaka tidak akan timbul kerna aku masih nekad untuk menjadi mulia. Mahu kurangkan hitam. Perbanyakkan putih mungkin. Sama sama doakan yang terbaik.

Moga insan insan celaka tidak lagi cuba untuk menjatuhkan diri ini. Kerna aku akan tetap teguh. Tiada goyang. Jika masih mempunyai firasat busuk hati yang tinggi cuba dan terus cuba tapi satu peringatan.  Kau takkan pernah berjaya kerna "I was born to be a strong girl not to be bitch like you. Fuck."

Aku masih lagi kekal dengan prinsip hidup. Masih lagi original. Yeah, masih kekal sebagai perempuan.

zatieySAJA ♥ Official Blogspot ™ | copyright