Cool.

Hidup tak selalunya indah tapi syukur untuk tahun ini tiada lagi aktiviti maha celaka yang berlaku. Aku masih teguh berdiri dengan sendirinya. Masih lagi happy dengan teman yang sentiasa menceriakan hati walaupun kadang-kadang ada yang menyakitkan hati tapi tetap cool.

Aku antara manusia yang sentiasa cool walaupun dalam hati bertong-tong abu yang aku simpan dek kerana curahan minyak untuk membakar hati. Dan setiap kali tahi menimpa diri aku, aku tetap teguh walaupun pada masa itu sudah aku semburkan segala kata azimat celaka yang boleh membakar sejuta hati.

Dan pada masa ini aku tetap teguh walaupun kesakitan menimpa diri. Serius, bertahun aku tak rasa demam seperti ini. Yeah, dugaan pertama untuk tahun ini. Ponteng kelas untuk ke empat kalinya dan pertama kalinya untuk ECO 211. Syabas diucapkan untuk diri sendiri. Clap your hands.

Kekal sebagai perempuan dan sentiasa perempuan.
zatieySAJA ♥ Official Blogspot ™ | copyright