#072

Terpaut pada satu wajah. Duduk terdiam bila dia mengalirkan air mata. Mahu ditanya tapi tidak bisa dilontarkan. Terus diri ini memeluk dan hanya berkata "Menangislah puas-puas. Biarkan ini menjadi air mata terakhir." Lagi kuat tangisan kedengaran.

Alhamdulillah, diri ini bersyukur kerna masih mempunyai sifat mulia. Cuba menjadi mulia bukan mudah untuk diterima. Cacat celanya masih terjelas pada wajah busuk hati penetap bumi. Ada saja cerita yang akan diolahkan sampai hilang rasa simpati manusia.

Untuk menjadi gembira diri ini harus terusan menggembirakan orang yang ada disekelilingnya. Itu yang akan membuatkan wujudnya perasaan gembira dalam diri ini. Moga kerja tanpa bayaran ini berjalan dengan lancar.
zatieySAJA ♥ Official Blogspot ™ | copyright