Dia.

Adakala dia rasa dia yang terhina. Ada masa dia rasa dia yang paling suci. Tapi macam mana pun dia rasa, dia masih lagi dia. Dia bukan sesiapa. Hanya manusia biasa.

Ada yang kata dia budak jahat. Tak layak punya kawan. Memang benar. Dia, manusia yang suka mencelakakan orang. Tapi pernah tanya dia kenapa? Tak pernah. Hanya menilai dia dengan satu cerita bodoh yang dikarang binatang yang maha celaka dalam dunia bagi si dia. Sebab musabab yang paling boleh diguna pakai untuk masa ini dan masa yang akan datang cuma satu, dia bukan permulaan segala maha celaka yang berlaku dalam hidup yang memang sesuai untuk menjadi celaka bagi binatang yang memang sesuai celaka. Faham tak apa yang dia cuba sampaikan walaupun dia sendiri pening untuk faham ayat yang baru saja dia coretkan tadi. Semua masih lagi bermain difikiran dia. Dia masih lagi punya dendam yang tidak terbalas. Masih lagi punya rancangan yang tidak terjalan. Bila semua nie akan tamat? Yang pasti sebelum dia mati dia mahukan semuanya habis. Biar hati puas. Itu mahu dia.

Mungkin kau kata kau kenal dia. Tapi kau hanya kenal luaran dia. Kau tak tahu apa rasa dalaman dia. Kalaulah kau dapat lihat dalaman dia mungkin kau pun taknak hidup lagi. Banyak tempat yang koyak rabak sampai dia sendiri tak tahu macam mana lagi nak baiki. Dia ketawa berdekah-dekah sampai dia sendiri rasa taknak berhenti. Biarkan masa ketawa itu selamanya.

Dia rebel walaupun berulang kali dipesan jangan jadi manusia rebel. Mana mungkin dia berubah dalam sekelip mata. Dia cuba jadi mulia tapi mana mungkin orang boleh terima. Apa pun, dia masih kekal dengan dia. Mana mungkin dia jadi orang lain. Dia memang sudah diciptakan sebagai dia. Mohon diterima seadanya.
Dan ketika ini dia sendiri sudah penat untuk menjadi dia. Dia sudah penat untuk terus menjadi dia. Ini kerana kecelakaan hanya datang dari dia.

Ketahuilah, tipikal mana pun dia, dia juga tahu menangis. Semakin disakiti, dia akan menangis.

Biarlah dia menjadi dia. Biarkan dia dengan dunia dia.

Jangan cuba halang.


Perihal diri dia. Dia itu aku.
zatieySAJA ♥ Official Blogspot ™ | copyright