Perempuan.

Perempuan.
Punya hati. Dan hati cuma satu.

Perempuan.
Punya cemburu. Dan cemburu sangat menebal.

Perempuan.
Punya dendam. Dan dendam sampai mati.

Tapi sebenarnya bukan semua perempuan.
Aku bercakap atas dasar AKU.

Hipokrasi. Itu wajib.
Dan semua perempuan ada.
Aku bercakap untuk semua.
Jangan kau sangkalkan kata aku.
Bukti terpampang bila teruna di depan mata.

Menjadi seorang perempuan bukan mudah.
Menjadi perempuan sangatlah goyah.

Dimadukan siapa lagi kalau bukan perempuan.
Perempuan tak minta 
Tapi perlu belajar menerima.

Kesakitan dalaman tiada siapa yang merasa.
Hanya perempuan itu sahaja.

Perempuan yang mulia,
Perempuan yang menerima dengan hati terbuka.
Senyuman yang diukirkan boleh dibaca.

Dan aku bukan kategori perempuan mulia.
Aku bukan mudah untuk dimadukan.
Aku bukan jenis itu.

Aku pendendam.
Aku pencemburu.
Milik aku hanya milik aku.
Itu aku. Perempuan.



zatieySAJA ♥ Official Blogspot ™ | copyright