Entry khas untuk si dia :)

Assalamualaikum.



*Work Hard Play Hard Song* Incoming call.
Tengok BB tertulis Mine :)
Excited angkat call.

Cakap tak sampai berapa minit. Tak sempat hilangkan rindu terus kena letak phone. Macam tahi aku rasa perangai kau masa tu. Dapat text just cakap takpelah..

What the hell?! Aku tengah marah nie. Kau baru je bakar darah aku, kau  buat ayat minta simpati pulak. Gaduh punya gaduh dua-dua susah nak mengalah. Dua-dua ego tinggi melangit. Dua-dua pakat cari salah masing-masing. Masa tu serius aku makin give up. Kalau dah dekat serius muka kau aku tumbuk bertubi-tubi. Dan masa tengah gaduh tu kau boleh pulak melawak dan serius sebenarnya kau buat aku gelak tapi aku kawal. Aku nak kau tahu yang aku masih marah dan tetap berkeras. Bukan apa aku nak kau pujuk. Tu je. Gedik.

Tapi serius tetiba air mata aku menitis buat pertama kalinya setelah lama tak menangis untuk lelaki. Eeii, ayat apa nie. Baik faham sebab aku sendiri buat-buat faham.

Selepas setengah jam....



Hati masing-masing dah lembut. Keadaan kembali tenang. Dan tetiba kau tanya "Sayang b tak?" "Kenapa sayang?" Cuba buat karangan tidak melebihi 360 patah perkataan. Amboi, nak jadi cikgu Bahasa Melayu pulak ke? Dan kau cakap kau nak tengok karangan tu. Aiseh aku tak sempat nak reply text sebab aku dah tertidur. Maaf, nikmat tidur melebihi nikmat texting dengan kau.

Okay, dengan sebulat suaranya aku terima kerja yang telah ditugaskan tu dan sebab tu aku di sini harini. Serius aku excited nak jawab soalan tu. Mohon A++ kau bagi kat aku nanti.

Cisss, mukadimah dah panjang lebar.

Saat aku mula mengenalimu, hatiku rasa sesuatu tapi aku masih lagi buta. Sengaja membutakan mata dan hati. Aku gembira dapat mengenali dirimu. Perkenalan yang hampir setahun mula berubah dari teman biasa ke teman istimewa. Aku sangat bersyukur memilikimu.

Ayat geli-geli harini. Aku sendiri malas nak baca. Aku cuma menaip mengikut tarian jari jemari yang disambung ligat dari otak. Kalau terlampau geli salahkan jari ini.

Dengan soalan yang ditinggalkan. Aku cuba bangkit dan menjawabnya dengan seikhlas hati. Moga segalanya diterima dengan hati yang gembira.

Kenapa sayang?

Serius soalan nie lebih susah dari soalan UPSR. Aku sendiri tak tahu macam mana nak jawab. Kebiasaan bila ditanya kenapa sayang? Sepantas kilat aku jawab dah sebab dah sayang, sayang jelah. Haram jadah apa beno jawapan aku bagi.

Dan tetiba terdetik dalam hati aku nak jawab soalan nie dengan seikhlas hati. Ini mungkin boleh dibuat bahan bukti bahawa memang aku betul-betul sayang. Mungkin.

Aku guna saya. Lebih selesa untuk aku jawab. 

Kenapa sayang? Ya, mungkin susah untuk saya ungkapkan tapi saya cuba. Saya sayang sebab sifat-sifat yang ada pada diri awak. Saya sayang sebab awak banyak ambil tahu hal saya. Saya sayang sebab awak banyak berkorban untuk saya. Saya sayang sebab awak sanggup terima saya seadanya. Saya sayang sebab awak sanggup tunggu saya.

Banyak kenangan yang kita ukirkan bersama. Semua tu akan tetap jadi kenangan yang paling indah dalam hidup saya. Dalam dua tahun kehilangan awak adalah satu penyesalan yang paling besar dalam hidup saya. Saya taknak ulang benda tu lagi. Cukuplah pengajaran yang diberikan oleh yang Maha Esa ke atas saya.

Dan kini saya masih dapat bersama awak. Saya harap kita akan kekal sampai akhir nanti. Saya tunggu untuk 3 tahun lagi. Mohon segala yang dirancang akan berjalan dengan lancar. Aminnn.

Saya mohon maaf kerana tak dapat mencapai isi karangan saya seperti yang diinginkan. Ini yang termampu kerana otak makin penat. Saya nak sambung tidur. Maaf untuk kali kedua. Diharapkan isi karangan saya diterima dengan hati yang berbunga-bunga.

Untuk kali keseratus juta kali saya nak awak tahu yang saya tetap sayangkan awak. InsyaAllah saya akan cuba sayang awak sampai akhir hayat saya.

Saya nak sambung tidur dulu ya. Moga-moga dapat mimpi yang indah bersama awak. *winkwink*
zatieySAJA ♥ Official Blogspot ™ | copyright